Tuesday, June 7, 2011

AKU MEMBULI

kisah ini bermula ketika aku di sekolah menengah sebagai senior.Ada seorang junior berasal dari banting,budak nya baik.Aku selalu memanggil dia untuk membasuhkan,menjemur,ambil air muniman dan lain-lain.Kira bulilah tapi bukan macam budak-budak sekarang buli kasi mati,tapi dulu kasi hormat.


Dia tidak pernah membantah dan cukup hormat dengan aku.1990 aku tamat sekolah menengah lebih kurang 1 tahun aku tidak pernah jumpa dia lagi.Aku mengetuai kumpulan belia dan membentuk pasukan kompang ribu yang terkenal di daerah dalam sekitar 1998.

Satu hari aku diminta mengiringi majlis perasmian klinik desa kampung ku yang baru siap oleh penghulu.Aku dan anak buah ku seramai 40 org berpakaian seragam siap dengan kompang menunggu perasmi seorang doktor.Lebih kurang setengah jam doktor pun sampai,aku pun angkat kompang tanda kompang mula berbunyi,

Aku perasan doktor itu merenungku,aku pelik tapi buat tak perasan.Setelah selesai perasmian yang dirasmikan oleh doktor tadi,dia menuju kearah aku sambil diiring oleh tok penghulu sambil bersalam dia bertanya "Abang kenal dengan saya" aku tercengang sambil berkata" Tidak perasaan,macamana doktor kenal saya?" sambil tersenyum dia berkata "Saya adib yang selalu abang suruh basuh baju,ambil air dan lain-lain semasa di sekolah dulu"

Dengan tersenyum malu aku mengucapkan tahniah,sambil diketawakan anak buah ku dan penghulu.Dia berkata aku sebenarnya mengajar menjadikan dia seorang yang berani berdikari.Aku terharu sambil berpelukan.

Pengajaran janganlah terlalu membuli,kerana itu kelemahan kita,kini aku telah bangkit dengan cara aku.