Tuesday, June 7, 2011

AKU MEMBULI

kisah ini bermula ketika aku di sekolah menengah sebagai senior.Ada seorang junior berasal dari banting,budak nya baik.Aku selalu memanggil dia untuk membasuhkan,menjemur,ambil air muniman dan lain-lain.Kira bulilah tapi bukan macam budak-budak sekarang buli kasi mati,tapi dulu kasi hormat.


Dia tidak pernah membantah dan cukup hormat dengan aku.1990 aku tamat sekolah menengah lebih kurang 1 tahun aku tidak pernah jumpa dia lagi.Aku mengetuai kumpulan belia dan membentuk pasukan kompang ribu yang terkenal di daerah dalam sekitar 1998.

Satu hari aku diminta mengiringi majlis perasmian klinik desa kampung ku yang baru siap oleh penghulu.Aku dan anak buah ku seramai 40 org berpakaian seragam siap dengan kompang menunggu perasmi seorang doktor.Lebih kurang setengah jam doktor pun sampai,aku pun angkat kompang tanda kompang mula berbunyi,

Aku perasan doktor itu merenungku,aku pelik tapi buat tak perasan.Setelah selesai perasmian yang dirasmikan oleh doktor tadi,dia menuju kearah aku sambil diiring oleh tok penghulu sambil bersalam dia bertanya "Abang kenal dengan saya" aku tercengang sambil berkata" Tidak perasaan,macamana doktor kenal saya?" sambil tersenyum dia berkata "Saya adib yang selalu abang suruh basuh baju,ambil air dan lain-lain semasa di sekolah dulu"

Dengan tersenyum malu aku mengucapkan tahniah,sambil diketawakan anak buah ku dan penghulu.Dia berkata aku sebenarnya mengajar menjadikan dia seorang yang berani berdikari.Aku terharu sambil berpelukan.

Pengajaran janganlah terlalu membuli,kerana itu kelemahan kita,kini aku telah bangkit dengan cara aku.

Friday, March 18, 2011

SERU

Salam,kali ini hamba akan cte kisah benar lebih kurang 30 tahun yg lalu.Kisah ini berlaku di sebuah desa PP,bermula seorg perempuan bernama maimon membunuh di tepi laut di atas pokok ara,kerana mengikut cte kecewa dlm percintaan.Pada ketika itu amalan kurafat banyak berlaku terutama membuat nombor ekor dipanggil "ngangkong".

Dalam keadaan kalang kabut abg gon sempat mencuri tali gantung yg diperbuat dari tali kain yg dipintal kemas.Abg gon n the geng membawa tali gantung ke sebuah kampung utk berjumpa bomoh untuk diseru supaya dpt mengeluarkan nombor.Maka roh maimun diseru,dgn salakan anjing keluarlah seakan jasadnya dlm keadaan siksa.Upacara kurafat itu telah selesai,dapatlah nombor yg dihajat oleh abg gon.Esoknya belilah dgn tikaman yg besar.Tapi malang nombor tak langsung naik.

Tapi tali si maimon mula menjadi hantu apabila telah diseru dia mula mengacau di serata kg.Ketakutan seluruh kampun apabila hantu maimon mengetuk pintu dan bila dibuka dgn rambut mengurai muka yg hodoh sambil membawa tali minta tlg dlepaskan.Abg gon ketakutan lalu menyerahkan pada Wak Y utk membuang tali gantung tersebut.

Wak Y bersama abg gon dimalam jumaat keliwon di tempat pokok ara mengeru roh maimon,dgn kebolehan wak y maka roh maimon keluar dari sebelah kiri belakang wak y,mengikut petua jika diseru keluar dari sebelah kiri adalah syaitan.Roh maimon menangis merintih supaya di pulangkan tali gantung ke kuburnya dan berjanji tidak kacau lagi.Wak Y dan abg gon pergi ke kubur si maimon jam 1.00 mlm dan menamam tali gantung si maimon dgn tenteram.

Wak Y menasihati,Jgn melakukan kurafat krn dosa besar,tiada yg senang dgn berjudi kalu ada pun malapetaka menimpa hidup.
salam...

Thursday, February 24, 2011

CERITA-CERITA MOTIVASI

Kali ini teratak ingin bercerita pengalaman ketika ikuti beberapa motivasi dri Prof,

1.Knapa tandas-tandas awam terlalu kotor?
Prof bagi cadangan,masalah utama adalah najis itu berbau.maka dia akan cipta pil berbagai rasa seperti rasa limau,bunga,pandan wangi dll.Siapa yang makan pil dia akan mengeluarkan najis berbau seperti pil berasa pandan wangi akan mengeluarkan bau pandan wangi,makan org akan buang najis sebelah katil dgn bekas yg cantik dan membiarkan dgn bau yg nyaman.

2.Kenapa perniagaan dodol kita tak dapat berkembang pesat?
Prof memberi cadangan semua org kena ubah sikap seperti harijadi asik kita belah kek sahaja,apa salahnya kita ubah bila harijadi kita belah dodol,bayang kan dodol seberat satu kilo,jadi dodol tidak dibeli hanya hari raya sahaja,maka dodol akan terkenal seperti kek harijadi.

3.Kenapa org kita suka komen?
Prof bercerita,ada seorg pemuda baru beli kereta kancil sja,berhenti di sebuah warung makcik jual cucur udang,yg sebenarnya anak makci tu cun jadi nak x lah,dah beli cucur udang RM1.00 komen lah pulak kenapa cucur udang ni,udangnya kecik-kecik kan namanya cucur udang kenalah udangnya besar-besar.Makcik tu dgn selambe berkata untunglah ada udangnya,kalau kau beli cucur badak mana ada badaknya,taruklah anak badah.Dengan malu pemuda tadi belah..

JADI KITA KENA FIKIR D LUAR KOTAK WALAUPUN KADANG-KADANG TIDAK MASUK AKAL.

Thursday, February 17, 2011

TOYOL

Ku paparkan kisah ini dari seorg yg ku gelar abg GON,beliau memang berani dan ingin mencuba.Kisah ini kira kira 8 tahun yg lalu,Krn keberanian gon,beliau selalu di suruh pergi ke seberang utk mengambil@beli dan bawa balik.Kali ini dari org berada ingin mencuba toyol dan dibawa ke Pusat Judi Genting Highland yg terkenal.

Kononnya toyol dr seberang power,maka Gon pergi ke seberang selama 4 hari.Gon pergi ke pergunungan yg diberi nama Gunung cerandil.Sampai di pintu gua seorg memakai seakan jubah bertanya apa hajat kemari?Gon berkata ingin meminjam toyol.Penjaga tadi mengikat benang dtangan Gon,alangkah terperanjat tiba-tiba Gon melihat patung-patung batu dlm gua itu hidup dan bersuara "aku ingin ikut pak".

Gon mengambil seekor dan pulang ke Melaya segera,dan terus ke G.Highland bersama org yg menguruhnya,dlm perjalanan toyol tadi melompat-lompat kesukaan hanya Gon sja yg boleh melihatnya,sampai ke pintu gerbang pertama toyol tadi mula goyang mendiamkan diri.Sampai ke dalam pusat perjudian toyol tadi ketakutan dan tidak mahu disuruh dan mengajak balik.

Gon sgt marah dan bertanya kenapa takut,toyol berkata "di dlm ada bapak segala bapak Jin & Saitan yg menjaganya.Dgn kecewa toyol tadi dihantar semula tempat asalnya.

Gon menasihatkan aku jgnlah berjudi sbb tak akan kaya dan berdoa besar jika bermain syirik.Renung-renungkan lah bersama.T.kasih -adiparjoyonogosakti

Monday, February 7, 2011

KUDA KEPANG @ SETRUM

Kuda kepang sebenarnya dibuat dari ayaman buluh atau kepang kata indonesia.Di Malaysia biasanya di buat dari papan pelewood.Tarian kuda kepang biasanya diiringi dengan alatan seperti gendang,bonang,gong dan angkelong.Sebelum persembangan dimulakan semua alatan termasuk kuda kepang akan diasap kemenyan bagi menarik semangan para pemainnya.

Di Selangor sajian biasanya kemenyan,pisang,bunga cempaka,padi, bedak,ayam dan kelapa muda.Tarian kuda kepang akan dimulakan rembasan pecut@tali pecut oleh seorang yang akan mengawal setiap langkang pemainya dengan iringan gendang dan alatan lain.

Dengan bunyian gendang dan tarian yg lunak,pemain yg ada amalan kuda kepang akan naik syekh dimana pergerakan badan dikawal oleh syekh yg dibaca tadi.Kepada pemain yg benar-benar naik syekh hanya bergerak mengikut bunyian gendang dan dipandu dgn tali pecut.Bila pergerakan pemain mula jauh atau liar tali  pecut dibunyikan maka pemain akan berpatah balik ke gelanggang.Jika gendang berhenti maka pemain akan marah dan lumpuh tidak boleh berjalan.

Jika pemain ada amalan setrum,dia boleh bergerak tanpa bunyian alatan gendang tetapi pemain yg hanya amalan kuda kepang tidak boleh.Semasanya pemain dalam syekh,makanan yg diberi biasanya pisang,bunga cempaka,padi dan  kelapa muda.Kepada pemain yg telah otai hamba pernah melihat mereka makan kaca dan
bara api dan berdiri di atas sebatang buluh dgn sebelah kaki.

Untuk menamatkan pemain tok guru @ badal akan meniup telinga supaya pulang di alam yg nyata.Jaga kesenian yg unik ini.Di kawasan hamba di P.Panjang cukup terkenal.

Salam...

Friday, January 28, 2011

SANTAU

Salam teratak,kali  ini hamba ingin membawa cerita "SANTAU" adalah satu sihir yang  ditujukan kepada org atau musuhnya secara halus.Santau akan membunuh secara perlahan-lahan.

Bahan santau selalunya miang bulu,kaca,getah pokok yg beracun akan dicampur dan akan dihantar dgn secara halus ke dlm badan yg hendah di tuju.Bayangkan bahan-bahan tadi didlm tubuh.

Santau akan di hantar biasanya dgn cara meletak dlm makanan dan santau angin.Santau yg diletak didlm makanan lagi power dari santau angin.Antara tanda jika mula kena santau,pankal kuku putih akan berwarna kehitaman,batu luar biasa kekadang mengeluarkan darah yg bnyk,sakit badan tidak berhenti,sila bawa ke doktor jika tiada apa-apa,berubat kepada yg pandai,jika sudah pulih biasanya ada pantangnya antara nya nenas dan cuka,jika kena pasti batuk darah kembali.

Kata petua org tua,jika kita minum bayang kita tidak kelihatan dlm caw atau air panas rasa sejuk haruslah berhati-hati.Yang herannya santau ni sukar dituju pada bangsa lain,itulah saitan.

Mari kita berhati-hati dan bercakap jgn besa-besar,musuh berdiam lagi bahaya dari musuh bising

Tuesday, January 25, 2011

Salam teratak,kali ini hamba nak cerita pasal keris senjata ampuh melayu.menurut bapak, keris ada pelbagai jenis dan namanya tersendiri,ada lelaki,perempuan,yg putih dan yg jahat.Lok atau lengkok keris dan bentuk dicipta biasanya mengikut namanya.

Bisa  keris adalah terletak pada pamurnya, pamur seperti alatan solekan keris yg biasanya diletak dgn bisa.Bisa ini yg akan meracun seluruh organ badan sehingga bawa maut.Ada juga keris yg mempunyai nama dan berpuaka.Keris yg berpuaka adalah keris yg telah dimasukkan dgn isi atau di sebut kadam.Kadam dgn pelbagai nama dan kehendak tuannya.

Sebab itulah kata bapak ada keris yg boleh terbang mencari mangsanya setelah disuruh oleh tuannya.Kalau kita nampak cahaya berwarna merah terbang itu biasanya keris jahat dan berwarna biru keris putih atau kata jawa gamen (barang lama).kata jawa antara keris yg digeruni Sombro(lelaki) Somyang (Perempuan),Pedut (asap) Semar(untuk lawa).

Untuk menjaga dan menjadikan keris bertambah ampuh biasanya akan dibasuh atau dimandikan limau nipis dan diasah dgn asap kemenyan dan biasanya setahun sekali dlm bulan suro.Satu ketika dulu semasa org tua hamba membasuh keris-keris sehingga 30 bilah,hamba pernah melihat keris keluar dari sarungnya sepanjang satu jengkal bila diseru namanya dan berbunyi seakan bergaduh dlm bakul rembia.Pelik tapi benar!

Pesan bapak berhati-hati klau terima keris atau barang lama mesti tahu kosong atau ada kadam

Untuk renungan bersama jangan kita tergelincir dari landasan agama.

Sunday, January 23, 2011

Minyak senyonyong ( minyak dagu )

kisah ini diceritakan oleh org tua senang dpanggil bapak dimana dia sendiri mengambilnya.Minyak dagu banyak cara mendapatnya.Kerana ingin melihat bagaimana mendapatnya wang upahan ,bapak dgn beberapa rakan yg cukup ilmunya telah pergi ke negara jiran,lebih 6 jam menaiki sampan kecil baru sampai ke sebuah pulau yg mesteri yg di pandu org sana(juru bahasa).Beliau merasa pelik bila kedatangan disambut salakan anjing dan bau yg tak sedap.1 jam bejalan, sampai ke sebuah pondok kecil usang .Keluar seorang perempuan tua seperti nenek kebayan tua,bertanya pd jurubahasa "apa hajat berani datang?" mata bapak terpandang langsir berwarna kuning di penjuru pondok dgn bau yg loye.Jurubahasa berkata "mereka dtg nak mohon minyak dagu"

Nenek tadi mula membakar gunung berembun iaitu tempat membakar kemenyan dgn mentera yg tidak difahami dan menuju ke arah langsir kuning sambil membawa lilin merah,nenek itu berkata"adakah dah bersedia" Bapak berkata sudah dengan petua jika melihat sesuatu yg tidak pasti lihatlah dari bawah dan keatas.Nenek tadi membuka langsir,bapak melihat dari kaki perlahan lahan ke atas sampai kemuka.Alangkah terperanjat bila melihat mayat seorg perempuan mengandung berdiri dgn kepalanya dipaku di dinding.Nenek tua tadi mula membaca mentera sambil membakar dagu mayat untuk mendapatkan minyaknya,di luar pondok mula hujan sambil salakan anjing sabung-menyabung.Proses mengambil masa 1 jam,baru nampak dua titik minyak dimasukkan dlm botol kecil dan berkata hanya ini yg dpt.

Dgn bayaran RM1500 dan jgn disimpan dlm rumah,bapak meninggalkan pulau tersebut.sebelum diserah pada yg menyuruhnya disimpan semalam dilenggokan sabut belakang rumah bapak,kebetulan mlm tersebut hujan lebat dan longgokan sabut telah di panah peter.Tetapi botol tidak terjejas,dan esoknya diserah pada tuan punyanya.Bapak berkata minyak dagu boleh di gunakan untuk apa aje terutama yg jahat seperti menawan wanita,dipandang gerun,org garang jadi lembut dan lain,hukumnya syirik dan dosa.Jangan sesekali kita terlibat sekian untuk ingatan bersama.

Wednesday, January 12, 2011

2011

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua...
Kejayaan esok bermula hari ini...
Teruskan Perjuangan untuk menggapai impian...