Naik perahu mudik ke huluTengah jalan patah dayungMemang dulu Jebat berlimaTapi kini Jebat terbuang.Tanak nasi atas dapur,Gulai pedas buah nangka;Kabar nista Seri dengar,Benarkah Jebat pendekar dehaka?Malam-malam pasang pelita,Pelita dipasang hingga kesubuh;Memang benar kabar berita,Derhaka Jebat kerana Tuah.Keris tombak senjata pendekar,Periuk belanga permainan wanita;Titah raja Jebat ingkar,Kenapa derhaka kepada raja?Jebat bukan sebarang jebat,Jebat anak jati melayu;Jebat bukan sebarang jebat,Derhaka Jebat bertilik dulu.Apa juadah hari ini,Ubi kayu buat pengat;Sebelum Seri mengundur diri,Apa pesanan dari Jebat?Anak cina masuk kampung,Niat hati cari sahabat;Adat melayu raja di junjung,Walau dijunjung biar bertempat.
Naik perahu mudik ke hulu
ReplyDeleteTengah jalan patah dayung
Memang dulu Jebat berlima
Tapi kini Jebat terbuang.
Tanak nasi atas dapur,
Gulai pedas buah nangka;
Kabar nista Seri dengar,
Benarkah Jebat pendekar dehaka?
Malam-malam pasang pelita,
Pelita dipasang hingga kesubuh;
Memang benar kabar berita,
Derhaka Jebat kerana Tuah.
Keris tombak senjata pendekar,
Periuk belanga permainan wanita;
Titah raja Jebat ingkar,
Kenapa derhaka kepada raja?
Jebat bukan sebarang jebat,
Jebat anak jati melayu;
Jebat bukan sebarang jebat,
Derhaka Jebat bertilik dulu.
Apa juadah hari ini,
Ubi kayu buat pengat;
Sebelum Seri mengundur diri,
Apa pesanan dari Jebat?
Anak cina masuk kampung,
Niat hati cari sahabat;
Adat melayu raja di junjung,
Walau dijunjung biar bertempat.