Salam teratak,kali ini hamba nak cerita pasal keris senjata ampuh melayu.menurut bapak, keris ada pelbagai jenis dan namanya tersendiri,ada lelaki,perempuan,yg putih dan yg jahat.Lok atau lengkok keris dan bentuk dicipta biasanya mengikut namanya.
Bisa keris adalah terletak pada pamurnya, pamur seperti alatan solekan keris yg biasanya diletak dgn bisa.Bisa ini yg akan meracun seluruh organ badan sehingga bawa maut.Ada juga keris yg mempunyai nama dan berpuaka.Keris yg berpuaka adalah keris yg telah dimasukkan dgn isi atau di sebut kadam.Kadam dgn pelbagai nama dan kehendak tuannya.
Sebab itulah kata bapak ada keris yg boleh terbang mencari mangsanya setelah disuruh oleh tuannya.Kalau kita nampak cahaya berwarna merah terbang itu biasanya keris jahat dan berwarna biru keris putih atau kata jawa gamen (barang lama).kata jawa antara keris yg digeruni Sombro(lelaki) Somyang (Perempuan),Pedut (asap) Semar(untuk lawa).
Untuk menjaga dan menjadikan keris bertambah ampuh biasanya akan dibasuh atau dimandikan limau nipis dan diasah dgn asap kemenyan dan biasanya setahun sekali dlm bulan suro.Satu ketika dulu semasa org tua hamba membasuh keris-keris sehingga 30 bilah,hamba pernah melihat keris keluar dari sarungnya sepanjang satu jengkal bila diseru namanya dan berbunyi seakan bergaduh dlm bakul rembia.Pelik tapi benar!
Pesan bapak berhati-hati klau terima keris atau barang lama mesti tahu kosong atau ada kadam
Untuk renungan bersama jangan kita tergelincir dari landasan agama.
No comments:
Post a Comment