Salam teratak,kali ini hamba ingin membawa cerita "SANTAU" adalah satu sihir yang ditujukan kepada org atau musuhnya secara halus.Santau akan membunuh secara perlahan-lahan.
Bahan santau selalunya miang bulu,kaca,getah pokok yg beracun akan dicampur dan akan dihantar dgn secara halus ke dlm badan yg hendah di tuju.Bayangkan bahan-bahan tadi didlm tubuh.
Santau akan di hantar biasanya dgn cara meletak dlm makanan dan santau angin.Santau yg diletak didlm makanan lagi power dari santau angin.Antara tanda jika mula kena santau,pankal kuku putih akan berwarna kehitaman,batu luar biasa kekadang mengeluarkan darah yg bnyk,sakit badan tidak berhenti,sila bawa ke doktor jika tiada apa-apa,berubat kepada yg pandai,jika sudah pulih biasanya ada pantangnya antara nya nenas dan cuka,jika kena pasti batuk darah kembali.
Kata petua org tua,jika kita minum bayang kita tidak kelihatan dlm caw atau air panas rasa sejuk haruslah berhati-hati.Yang herannya santau ni sukar dituju pada bangsa lain,itulah saitan.
Mari kita berhati-hati dan bercakap jgn besa-besar,musuh berdiam lagi bahaya dari musuh bising
Friday, January 28, 2011
Tuesday, January 25, 2011
Salam teratak,kali ini hamba nak cerita pasal keris senjata ampuh melayu.menurut bapak, keris ada pelbagai jenis dan namanya tersendiri,ada lelaki,perempuan,yg putih dan yg jahat.Lok atau lengkok keris dan bentuk dicipta biasanya mengikut namanya.
Bisa keris adalah terletak pada pamurnya, pamur seperti alatan solekan keris yg biasanya diletak dgn bisa.Bisa ini yg akan meracun seluruh organ badan sehingga bawa maut.Ada juga keris yg mempunyai nama dan berpuaka.Keris yg berpuaka adalah keris yg telah dimasukkan dgn isi atau di sebut kadam.Kadam dgn pelbagai nama dan kehendak tuannya.
Sebab itulah kata bapak ada keris yg boleh terbang mencari mangsanya setelah disuruh oleh tuannya.Kalau kita nampak cahaya berwarna merah terbang itu biasanya keris jahat dan berwarna biru keris putih atau kata jawa gamen (barang lama).kata jawa antara keris yg digeruni Sombro(lelaki) Somyang (Perempuan),Pedut (asap) Semar(untuk lawa).
Untuk menjaga dan menjadikan keris bertambah ampuh biasanya akan dibasuh atau dimandikan limau nipis dan diasah dgn asap kemenyan dan biasanya setahun sekali dlm bulan suro.Satu ketika dulu semasa org tua hamba membasuh keris-keris sehingga 30 bilah,hamba pernah melihat keris keluar dari sarungnya sepanjang satu jengkal bila diseru namanya dan berbunyi seakan bergaduh dlm bakul rembia.Pelik tapi benar!
Pesan bapak berhati-hati klau terima keris atau barang lama mesti tahu kosong atau ada kadam
Untuk renungan bersama jangan kita tergelincir dari landasan agama.

Sunday, January 23, 2011
Minyak senyonyong ( minyak dagu )
kisah ini diceritakan oleh org tua senang dpanggil bapak dimana dia sendiri mengambilnya.Minyak dagu banyak cara mendapatnya.Kerana ingin melihat bagaimana mendapatnya wang upahan ,bapak dgn beberapa rakan yg cukup ilmunya telah pergi ke negara jiran,lebih 6 jam menaiki sampan kecil baru sampai ke sebuah pulau yg mesteri yg di pandu org sana(juru bahasa).Beliau merasa pelik bila kedatangan disambut salakan anjing dan bau yg tak sedap.1 jam bejalan, sampai ke sebuah pondok kecil usang .Keluar seorang perempuan tua seperti nenek kebayan tua,bertanya pd jurubahasa "apa hajat berani datang?" mata bapak terpandang langsir berwarna kuning di penjuru pondok dgn bau yg loye.Jurubahasa berkata "mereka dtg nak mohon minyak dagu"
Nenek tadi mula membakar gunung berembun iaitu tempat membakar kemenyan dgn mentera yg tidak difahami dan menuju ke arah langsir kuning sambil membawa lilin merah,nenek itu berkata"adakah dah bersedia" Bapak berkata sudah dengan petua jika melihat sesuatu yg tidak pasti lihatlah dari bawah dan keatas.Nenek tadi membuka langsir,bapak melihat dari kaki perlahan lahan ke atas sampai kemuka.Alangkah terperanjat bila melihat mayat seorg perempuan mengandung berdiri dgn kepalanya dipaku di dinding.Nenek tua tadi mula membaca mentera sambil membakar dagu mayat untuk mendapatkan minyaknya,di luar pondok mula hujan sambil salakan anjing sabung-menyabung.Proses mengambil masa 1 jam,baru nampak dua titik minyak dimasukkan dlm botol kecil dan berkata hanya ini yg dpt.
Dgn bayaran RM1500 dan jgn disimpan dlm rumah,bapak meninggalkan pulau tersebut.sebelum diserah pada yg menyuruhnya disimpan semalam dilenggokan sabut belakang rumah bapak,kebetulan mlm tersebut hujan lebat dan longgokan sabut telah di panah peter.Tetapi botol tidak terjejas,dan esoknya diserah pada tuan punyanya.Bapak berkata minyak dagu boleh di gunakan untuk apa aje terutama yg jahat seperti menawan wanita,dipandang gerun,org garang jadi lembut dan lain,hukumnya syirik dan dosa.Jangan sesekali kita terlibat sekian untuk ingatan bersama.

Wednesday, January 12, 2011
2011
Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua...
Kejayaan esok bermula hari ini...
Teruskan Perjuangan untuk menggapai impian...

Subscribe to:
Comments (Atom)